Isi minyak Petron minimum RM5, rebut peluang bawa pulang Proton X50!

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan pertandingan 'Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan lagi penggunaan kad MyDebit ketika pengisian bahan api Petron.

Malah dengan pembelian bahan api minimum RM5, para pengguna Petron juga turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa sebuah model Proton X50 1.5T Executive, sementara dua pemenang tempat pertama akan membawa pulang Yamaha MT-25 setiap satu.

Tiga pemenang hadiah kedua pula akan membawa pulang TV QLED Samsung bersaiz 65 inci, sementara sepuluh pemenang hadiah saguhati akan menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM700.

Semua pemenang juga akan turut menerima jersi bola sepak antarabangsa edisi terhad.

Dengan skim kad MyDebit, para pelanggan tidak perlu risau akan caj pra-kebenaran RM200 yang dikenakan apabila membuat pembayaran menggunakan kad debit, di mana amaun transaksi sahaja yang akan ditolak ketika melakukan pengisian bahan api.

Kempen "Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda" berlangsung bermula 1 Ogos sehingga 30 Oktober 2021.

Untuk penyertaan, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM5 menggunakan kad debit, dan menghantar resit bukti pembelian menerusi aplikasi Whatsapp atau Whoop App di talian 019-388 6733.

Pelanggan boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan kerana setiap bukti pembelian akan mewakili satu penyertaan.

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Namun, kereta yang sarat dengan ciri keselamatan termaju tidak akan berguna sekiranya anda…
Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…