Isu banjir: ini penjelasan Ducati Malaysia PJ

oleh Mohamad Hanif|
Susulan tularnya gambar-gambar di media sosial baru-baru ini di media sosial, ini merupakan penjelasan daripada Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Ducati di Malaysia berhubung isu tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak Next Bike Sdn Bhd memberi jaminan bahawa keadaan banjir di pusat pameran Ducati Malaysia PJ adalah dalam keadaan terkawal melibatkan sebilangan kecil daripada premis Ducati dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Untuk memastikan ketenangan minda para pelanggan, pihak Next Bike juga telah pun menghubungi para pemilik motosikal di bawah jagaan Ducati Malaysia PJ berhubung insiden yang berlaku mereka akan memberikan usaha yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Malah, menurut Dennis Michael selaku pengurus besar,  pihak Next Bike tetap mengutamakan kepentingan dan kepercayaan para pelanggan, para pekerja serta orang ramai meskipun dalam keadaan yang tidak dijangka seperti banjir ini.

Pihak Next Bike akan memberikan kemaskini berhubung isu ini dari semasa ke semasa, dan untuk pertanyaan lanjut boleh berhubung menerusi alamat emel d[email protected]

Berita Berkenaan

Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…
Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…