Isu banjir kilat: Bukan DASH, tapi Persiaran Mokhtar Dahari

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini tular video di media sosial yang mendakwa berlakunya banjir kilat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan rasmi, Bahagian Operasi Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd menjelaskan bahawa banjir kilat yang berlaku itu melibatkan Persiaran Mokhtar Dahari menuju ke arah Bukit Jelutong, jam 5.15 petang.

Lokasi kejadian tersebut berdekatan dengan susur keluar dari Lebuhraya DASH, dan menurut pihak tersebut, ia berlaku di paras bawah lebuh raya dan di luar kawasan operasi DASH.

Takungan air adalah disebabkan oleh saliran longkang yang tersumbat, sekaligus menyekat saliran air keluar secara efektif.

Namun begitu, warga kerja Lebuhraya DASH telah membantu mengorek keluar sampah yang tersumbat di kawasan berkenaan, bagi membolehkan takungan air surut dan kenderaan boleh lalu seperti biasa pada jam 7.00 petang.

Inisiatif naiktaraf jalan tersebut telah dijalankan oleh DASH bermula 2017 dan siap sepenuhnya pada 28 Januari 2021, di mana pihak PLDSA telah menyerahkan semula jalan berkenaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Petaling pada 1 Julai 2022.

Pihak JKR telah memperakui menerima semula jalan tersebut dengan dokumen perakuan siap dan pematuhan bagi serahan semula Persiaran Mokhtar Dahari daripada kontraktor DASH Pakej CA1 kepada JKR.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal…
Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiada sebarang permit sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak…
Berita Domestik
Insiden nahas yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kekeliruan pertindihan garisan jalan yang…