Isu haramkan motosikal bawah 250 cc - Ini penjelasan MIROS

oleh Mohamad Hanif|
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengambil maklum laporan media berkenaan dengan kenyataan Encik Shahrim Tamrin mengenai cadangannya sebagai aktivis keselamatan untuk mengharamkan motosikal berkapasiti rendah di bawah 250cc dan menggantikannya dengan motosikal elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak MIROS ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang usaha atau dasar kerajaan untuk mengharamkan penggunaan motosikal berkapasiti rendah di bawah 250cc di Malaysia pada ketika ini.

Walaupun Encik Shahrim Tamrin adalah ahli lembaga MIROS, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Encik Shahrim Tamrin adalah pandangan peribadi beliau sebagai aktivis keselamatan dan tidak mewakili pandangan rasmi MIROS.

MIROS sentiasa mengutamakan mobiliti yang selamat (safe mobility) untuk semua pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal di Malaysia.

 


Di antara dasar dan program mobiliti selamat yang telah dilaksanakan untuk pengguna motosikal ialah termasuk dasar mewajibkan penggunaan lampu hadapan motosikal ketika menunggang (ride bright), pembinaan lorong khas untuk motosikal, advokasi dan penguatkuasaan undang-undang pemakaian topi keledar keselamatan, serta pemakaian penunggangan yang selamat

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…