Isu kemalangan ambulans - MIROS saran latihan pemanduan menyeluruh kepada pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini berlaku kes kemalangan terbaharu yang melibatkan ambulans telah berlaku pada 4 Ogos 2019 di KM 368.3 Lebuhraya Utara Selatan di Slim River dan dalam kejadian tersebut seorang pemandu ambulans dan seorang pesakit wanita maut.

Mengikut laporan media, kemalangan tersebut adalah berpunca daripada tayar kenderaan yang pecah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaubagaimanapun, punca sebenar kemalangan masih di dalam siasatan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia pada tahun 2017 menunjukkan terdapat 32 kematian, 11 kecederaan parah dan 33 kecederaan ringan bagi kemalangan yang melibatkan kenderaan tugas khas. 

Trend yang hampir sama juga dapat dilihat pada tahun 2016 yang merekodkan 33 kematian, 8 kecederaan parah dan 24 kecederaan ringan.

Namun, statistik ini adalah umum bagi semua kenderaan tugas khas yang melakukan tugas-tugas spesifik seperti kren, jentolak, lori bomba, ambulans dan lain-lain.

Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (10 Mac 2017) memberi keutamaan dan hak kepada mana-mana ambulans, kereta bomba, kenderaan kastam, polis, penjara dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang berada dalam tugasan kecemasan untuk lalu mengatasi lalu lintas lain sekiranya ia memberitahu akan kehadirannya dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua-nada. 
 


Namun, keutamaan ini tidak membolehkan pemandu kenderaan-kenderaan tersebut untuk memandu secara berbahaya, cuai atau tidak bertimbang rasa.

Oleh yang demikian, di dalam situasi pemanduan ketika kecemasan, kedua-dua pihak harus memainkan peranan, yang mana pemandu kenderaan kecemasan perlu memastikan laluan adalah benar-benar selamat sebelum terus memandu laju dan pemandu lain juga perlu sentiasa peka akan keadaan jalan dan persekitaran. 

Pemandu kenderaan kecemasan juga perlu memperlahankan kenderaan dan memastikan semua kenderaan telah memberikan kerjasama sebelum melintasi lampu isyarat yang berwarna merah.

Menurut Ketua Pengarah MIROS, Dr Siti Zaharah Ishak, “Pihak MIROS memandang serius kejadian seperti ini dan beberapa kajian khusus berkenaan keselamatan perjalanan ambulans telah dijalankan.

Antaranya kajian yang dijalankan oleh pihak MIROS bersama Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR) pada tahun 2016 berhubung kemalangan yang melibatkan ambulans. 
 


Antara hasil rumusan daripada kajian ini adalah dicadangkan agar pemandu ambulans diberikan latihan khusus berhubung teknik pemanduan ambulans secara berhemah. 

Latihan boleh diberikan secara amali dan juga dengan menggunakan simulator pemanduan agar situasi-situasi pemanduan yang mencabar boleh dipelajari dan difahami. 

Pendedahan kepada teknik pemanduan dan situasi-situasi yang mencabar ini dapat membantu mereka untuk memandu dengan selamat apabila berdepan dengan situasi berisiko. 

Selain daripada itu, latihan juga perlu diberikan secara berkala bagi memastikan semua pemandu kekal kompeten”.

Bagi mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan, MIROS mencadangkan agar Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran untuk Sektor Pengangkutan yang telah dikuatkuasakan pada industri lori dan bas sejak tahun 2014 diperluaskan bagi merangkumi ambulans. 

Kod amalan ini menyediakan garis panduan kepada majikan dan pekerja tentang pengurusan isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 
 


Elemen-elemen utama yang ditekankan di dalam kod amalan ini adalah pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan perjalanan dan risiko dan sistem jaminan kualiti.

Pihak berwajib perlu memastikan penyelenggaraan ambulans termasuk kesemua tayar pada kenderaan tersebut dijalankan mengikut jadual bagi memastikan ianya berada dalam keadaan selamat dan dilengkapi dengan ‘tire protection system”. 

Bagi kenderaan baru pula, adalah disyorkan agar ambulans yang digunakan dilengkapi dengan Electronic Stability Control (ESC) yang mampu meningkatkan kestabilan kenderaan terutamanya ketika memandu dalam keadaan jalan raya yang licin. 

Beg udara (airbags) dan penggunaan tali pinggang keledar depan dan belakang juga dapat membantu untuk mengurangkan tahap kecederaan kepada pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

Dalam perkembangan yang sama, MIROS sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu-isu kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan jalan raya serta kajian berkenaan dengan kemalangan ambulans di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…