Isu lampu brek, Harley-Davidson panggil semula hampir 200 ribu unit model Touring

oleh Penyumbang Rencana 2|
Harley-Davidson baru-baru ini telah mengumumkan kempen panggil semula untuk 199,419 unit motosikal mereka yang melibatkan pengeluaran model Trike dan CVO Trike tahun 2019-2022 serta model Touring dan CVO Touring tahun 2020-2022.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen panggil semula ini dilakukan melibatkan isu perisian yang menentukan bila lampu brek pada motosikal ini dinyalakan. Terdapat juga kes tertentu dimana lampu brek terus menyala walaupun brek tidak digunakan.

Disebabkan beberapa masalah ini, penunggang motorsikal berisiko untuk terlibat dalam kemalangan yang diakibatkan oleh salah faham kenderaan lain terhadap lampu brek yang bermasalah.

Sebanyak 31,527 unit model Trike dan CVO Trike tahun 2019-2022 yang terlibat dalam kempen panggil semula ini. Manakala, selebihnya 167,847 unit melibatkan model Touring dan CVO Touring. 

 

sumber: Motorsports News Wire


Bagi pemilik motorsikal yang dikeluarkan pada tarikh selepas 24 Jun 2022, mereka tidak terlibat dengan kempen panggilan semula ini.

Namun, Harley-Davidson menasihatkan pemilik motosikal untuk menggantikan suis tekanan yang baru dan melakukan kemas kini penentukuran pada perisian bagi mengelakkan isu ini.

Pemilik motorsikal yang terlibat dalam kempen panggil semula ini boleh mengatur temu janji untuk menghantar motorsikal mereka kepada pusat servis Harley-Davidson yang sah.

Pihak Harley-Davidson akan melakukan kemas kini perisian dan penggantian suis tekanan secara percuma.

Sumber: RideApart
Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…