Isu lorong basikal - Ahli Parlimen selar tindakan sambil lewa DBKL

oleh Afandi Che Muhamad|
Apa sudah jadi?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak cukup dengan kereta dan kios promosi RHB Bank, kini bas persiaran pula dilihat dengan selamba menggunakan laluan basikal sebagai ruang parkir 'khas'.

Memetik laporan akhbar The Star semalam, laluan sepanjang 11 kilometer (km) berkenaan telah disalah guna pemandu tidak bertanggungjawab.

Dalam kes tersebut, kebanyakan pemandu terbabit bertindak memarkir kenderaan mereka di bahu jalan sehingga mengganggu laluan basikal.

Sama ada mereka tidak nampak atau pura-pura tidak nampak, ia tetap merupakan satu kesalahan dan mampu mengundang insiden.

Cakna mengenai isu berkenaan, beberapa Ahli Parlimen di Kuala Lumpur menyelar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang gagal melaksanakan projek penyediaan lorong basikal khas tersebut dengan baik.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, pihaknya percaya projek pembinaan itu dilakukan sambil lewa bagi mengejar masa untuk persidangan edisi kesembilan, World Urban Forum 2018 yang berlangsung semalam hingga Selasa.

"Kenapa projek berkenaan disifatkan dibuat secara sambil lewa? Pertama, kita dapat lihat DBKL bertindak mengalihkan besi pembahagi jalan yang ditempatkan di sepanjang lorong basikal sebelum ini dan itu pun selepas seorang pemandu tercedera selepas motosikal ditunggang melanggar fasiliti (pembahagi jalan) tersebut.

(Gambar menunjukkan seorang penunggang motosikal tercedera selepas terlanggar besi pembahagi jalan yang dipasangkan sepanjang laluan basikal di Medan Tunku, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu)

 

"Kedua, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah membina pembahagi trafik berwarna oren dengan harapan mampu menghalang pemandu daripada menggunakan lorong tersebut pada 3 Februari lalu. Bila terhantuk baru nak terngadah, sudah terlambat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun pula meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd. Amin Nordin Abd. Aziz mendedahkan sama ada projek pembinaan lorong berkenaan melalui proses standard tender terbuka atau tidak.

"Kami tidak menentang projek ini, tetapi RM4 juta yang dilaburkan bagi pembinaan lorong basikal tersebut adalah terlalu mahal.

"DBKL sepatutnya mempertimbangkan pendekatan yang lebih kekal, sebagai contoh membina trem elektrik untuk mengangkut penumpang di sekitar ibu kota," ujar Kui Lun.

Kedua-dua Ahli Parlimen tersebut kemudian berkeras untuk membangkitkan perkara tersebut di Parlimen nanti.

Dalam perkembangan sama, Ahli Jawatankuasa DAP Kuala Lumpur, Lim Ching How mengutarakan pandangan agar lorong tersebut dibina sepenuhnya di atas laluan pejalan kaki dan bukannya di jalan raya.

"Perlaksanaan kerja mengecat lorong basikal itu seharusnya dilakukan di laluan pejalan kaki kerana ia berpotensi mengelakkan penunggang basikal daripada terdedah kepada insiden perlanggaran dengan kenderaan lain yang lebih besar.

"Kalau kita lihat, Majlis Perbandaran Selayang juga bakal membina lorong basikal dua kilometer dengan kos RM860,000 bermula bulan depan," katanya.

Tambah Ching How, kos tersebut jauh lebih murah jika dibandingkan dengan DBKL selain dibina di atas laluan pejalan kaki.

(Gambar menunjukkan laluan basikal dibina DBKL)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut akhbar The Star, pihak polis sedang mencari pemandu Vios itu untuk siasatan lanjut. Vios…