Isu mat rempit - Elmina minta bantuan polis

oleh Penyumbang Rencana|
Sime Darby Property Bhd melalui pihak pengurusan Perbandaran Elmina bekerjasama rapat dengan Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam untuk menangani isu 'mat rempit' di perbandaran itu.

Dalam makluman kepada kepada penduduk Elmina, Sime Darby Property berkata pihaknya memandang serius isu berkaitan mat rempit dan bekerjasama dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan penguatkuasaan diperlukan menerusi Operasi Banteras.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Kami ingin menarik perhatian penduduk yang berkaitan dengan isu mat rempit, terutamanya di Perbandaran Elmina West. Laporan mat rempit yang mengganggu biasanya meningkat pada hujung minggu dan cuti umum tetap menjadi kebimbangan.

"Kami ingin meyakinkan penduduk, kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang diperlukan terhadap mat rempit ini.

"Polis Bantuan kami akan terus meningkatkan rondaan di lokasi panas dan bekerjasama dengan IPD Shah Alam untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mat rempit ini sepanjang tahun," katanya.

elmina

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam pada itu, sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.” katanya dalam…
Berita Domestik
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian kemalangan itu berlaku pada jam 10.36 malam…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah…