Isu pemandu Bezza simbah jurutol - KESAS buat laporan polis

oleh Mohamad Hanif|
Pihak pengurusan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) mengesahkan kejadian yang tular di media sosial di mana salah seorang daripada jurutol mereka disimbah air oleh seorang pemandu di pondok tol, semalam.

Menurut kenyataan media, siasatan yang dijalankan mendapati isu tersebut berpunca daripada ketidakpuasan pemandu Bezza (VEN 7910) kerana tidak dapat membuat urusan tambah nilai di lorong tersebut.

Ini kerana KESAS sebenarnya telah menyediakan lorong khas untuk para pengguna menambah nilai kad Touch 'n Go.

Pihak KESAS telah membuat satu laporan polis berkenaan insiden tersebut dan jurutol yang terbabit telah direhatkan buat sementara waktu.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata,…
Informasi
  DUKE dalam satu kenyataan berkata, kakitangan yang juga juru tol di plaza itu kini sedang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia…