Memo tersebut juga menyatakan semua kenderaan e-hailing perlu membuat pusingan semula apabila tempoh masa yang diberikan tamat, dan pemandu perlu memastikan mempunyai baki sekurang-kurangnya RM20 dalam kad Touch n' Go mereka.
Tetapi dalam hantaran di Facebook hari ini (Ahad), pihak pengurusan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) hari ini (Ahad) bersetuju untuk tidak mengaktifkan penggunaan palang automatik 'Touch N Go' sehingga penyelesaian menyeluruh dimeterai kelak.
Berita Harian melaporkan bahawa Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia, Jose Rizal, berkata ia adalah langkah penyelesaian jangka pendek yang dicapai hasil pertemuan pengurusan terminal bersama pihaknya dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dalam perjumpaan tersebut mereka telah membincangkan isu caj tambahan RM2 yang dikenakan bagi setiap kemasukan ke petak mengambil penumpang e-hailing di Pintu 5, KLIA 2 yang dikuatkuasakan Jumaat lalu.
Tetapi melalui kenyataan di Facebook, pihak pengurusan terminal iaitu Malaysia Airports Holdings Berhad, WCT Malls Management SB, Segi Astana SB dan RA Consult Global Sdn Bhd (RACG Sdn Bhd) telah memberi respon segera dan bersetuju untuk tidak mengaktifkan penggunaan palang automatik 'touch n go' bermula hari ini (Ahad)," katanya.
Cadangan, pendekatan serta tindakan susulan untuk menyelesaikan isu yang dikemukakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.