Isu pemandu mabuk: MIROS mahu penguatkuasaan lebih tegas!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh MIROS sebelum ini mendapati pemanduan di bawah pengaruh alkohol mendatangkan risiko 13 kali lebih bahaya berbanding pemanduan bebas alkohol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pula menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan
melibatkan pemandu mabuk telah dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini dan meragut nyawa lapan mangsa.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga merekodkan sepanjang tempoh lima tahun iaitu dari 2014 hingga 2018, sebanyak 637 kematian berpunca daripada kemalangan melibatkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI).

Seperti biasa, pelbagai saranan telah diberikan oleh beberapa pihak seperti penguatkuasaan undang-undang, serta kempen kesedaran pemanduan di bawah pengaruh alkohol seperti yang telah disarankan oleh Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini.

Berdasarkan seksyen 45G (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kandungan alkohol yang ditetapkan adalah sekitar 35 mikrogram/100 mililiter nafas; 80 miligram alkohol/100 mililiter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.

Menurut MIROS, Malaysia merupaka antara negara yang menetapkan had minimum yang lebih tinggi berbanding negara-negara Asia seperti Thailand dan Singapura.

Agensi antarabangsa seperti World Health Organization mencadangkan paras kandungan alkohol dalam darah serendah 50 miligram/100 mililiter untuk pemandu dan 20 mg/100 ml untuk pemandu muda dan penunggang motosikal.

 


Namun, berdasarkan kajian MIROS terhadap kes-kes pemandu yang maut yang dimasukkan ke Jabatan Forensik HKL dari tahun 2006-2009 menunjukkan pemandu maut positif alkohol sebanyak 23.3% atau 91 orang daripada 391 pemandu maut.

Ini diikuti dengan pecahan di mana 82 peratus daripada jumlah itu tadi didapati memiliki kandungan alkohol melebihi paras 80 mg/100 ml manakala 17.6 peratus lagi dibawah paras 80 mg/100 mL.

Ini menunjukkan kemalangan tetap berlaku walaupun pengambilan alkohol dicatatkan di bawah paras yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia Akta 333, di mana ia tetap memberikan kesan kepada kestabilan fikiran dan kewarasan terutama ketika memandu.

Malah, jika bacaan kandungan alkohol adalah pada kadar 0.02 g/dL sekalipun, kesan ke atas individu adalah tetap sama, iaitu kehilangan pertimbangan, perubahaan modd dan juga penurunan fungsi visual.

MIROS turut mengesyorkan supaya kerajaan mewajibkan penjual alkohol atau pusat hiburan menyediakan kemudahan pemandu upahan (designated driver) seperti perkhidmatan daikou di Jepun dan menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib perlesenan premis perniagaan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di negara ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini turut diperkuatkan lagi dengan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia tahun 2017…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Lalulintas Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, operasi…
Berita Domestik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM berpendirian hukuman sedia ada perlu…