Isu RFID - PLUS terima notis timbang tara dari CIMB

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada kenyataan CIMB yang tidak berpuas hati terhadap tindakan PLUS yang memulakan pelaksanaan sistem RFID untuk kutipan tol, PLUS Malaysia berhad dengan ini mengesahkan mereka telah menerima Notis Timbang Tara bertarikh 17 Disember pada tarikh yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan CIMB telah memulakan prosiding timbang tara terhadap pihak PLUS di bawah Kaedah - Kaedah Timbang Tara UNCITRAL berikutan dengan pertikaian di bawah Perjanjian Usaha Sama bertarikh 12 Mei 1998 dan permohonan injunksi.

Tujuan CIMB berbuat demikian adalah untuk menghalang PLUS daripada terus terlibat di dalam perniagaan berkaitan dengan sistem RFID PLUS.

 


Bagi pihak PLUS, mereka percaya pelancaran ujian perintis bersasar PLUS RFID baru-baru ini berupaya untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat memandangkan ianya menawarkan lebih pilihan serta kemudahan kepada pengguna untuk membuat pembayaran melalui kad kredit atau kad debit, sebagai tambahan kepada sistem pembayaran dompet elektronik (Ewallet) dan pembayaran prabayar sedia ada yang disediakan oleh Touch ‘n Go E-wallet.

Sistem pembayaran E-Wallet dan pembayaran prabayar oleh Touch ‘n Go masih tetap menjadi salah satu pilihan pembayaran di dalam ujian perintis bersasar PLUS RFID. 

Justeru itu, pihak PLUS percaya tidak terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana perjanjian dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi tujuan penyediaan prosiding timbang tara tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…