"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah berkomunikasi dengan PDB.
"Saya sendiri telah menghubungi pihak pengurusan PDB," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Sebelum ini, PDB menerusi satu kenyataan mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.
PDB memaklumkan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.
Justeru, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan.