Isu viral peluang pekerjaan di Perodua - PALSU

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini berkata Perodua tidak pernah menggunakan pihak ketiga dalam proses mencari pekerja baharu.

Menurut Aminar, Perodua mendapati posting di dalam Whatsapp dan laman web pihak ketiga yang kini tular itu dimuat-naik sejak 24 Jun 2018.

Malah menurutnya, berita itu masih wujud di dalam laman web pihak ketiga tersebut. Careta juga sudah memeriksa dan semasa berita ini ditulis, iklan itu memang masa dipaparkan lagi di laman web mencari jawatan kosong dalam Bahasa Malaysia itu. 

Perodua sudah meminta bantuan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenalpasti pemilik laman web dan akaun Whatsapp tersebut dan menurunkan informasi yang salah itu.

 

 

Syarikat itu juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kekeliruan itu.

Perodua hanya akan mengiklankan peluang pekerjaan di syarikat itu di dalam laman web rasmi mereka iaitu di www.perodua.com.my

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kerjasama itu membolehkan Public Bank mengantaramuka dan memudahkan digitalisasi melalui…
Berita Domestik
- Ujian yang dilakukan di Jepun itu ialah ujian pengawalan (regulation test) untuk melepasi…
Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan masalah tersebut…