Isuzu D-Max 1.9L Double Cab dapat ciri standard kamera undur, skrin 7 inci

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan kemaskini bagi model trak pikap Isuzu D-Max, di mana semua model double cab kini dilengkapi dengan ciri kamera undur sebagai standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Kenkichi Sogo, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia berkata, "sebagai trak pikap yang mempunyai kemampuan menakjubkan, Isuzu D-Max terus menjadi pilihan bagi mereka yang bergantung untuk melakukan tugas harian yang sukar dan mencabar.
 

dmax


"Dengan menawarkan ciri tersebut, ia tidak hanya melindungi pelaburan mereka, malah juga memastikan kenderaan bergerak dengan selamat.

Dari segi luaran, model D-Max 1.9 liter Standard didatangkan dengan pemegang pintu dan ruang barangan belakang warna badan, berbanding warna perak sebelum ini.
 

dmax


Sementara ruang kabin pula skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang lengkap dengan sokongan Bluetooth, serta dua slot USB (USB-A dan USB-C) di bahagian hadapan untuk pengecasan peranti pintar.

Harga jualan Isuzu D-Max 1.9 liter Standard bermula dari RM105,599.20 (harga Semenanjung Malaysia) atas jalan tidak termasuk insurans, dan boleh didapati dengan pilihan transmisi manual atau automatik enam nisbah kelajuan.

 

Isuzu D-Max 1.9L Standard 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…