Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica, serta Dolomite White Pearl yang menggantikan Silky Pearl White, sementara varian Automatic Premium, Auto Plus dan Automatic Standard menerima warna baharu Biarritz Blue Metallic menggantikan Sapphire Blue.
Selain daripada itu, bahagian luaran menerima kemasan baharu pada jeriji radiator, rim, serta warna aksen badan.

Varian X-Terrain mendapat perubahan berupa tempat duduk rekaan baharu dengan kemasan kontras Cafe Brown.
Ia juga turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien, pad pengecasan peranti pintar tanpa wayar, tambahan slot USB-C, serta unit perakam video digital terdiri daripada kamera hadapan 1440p yang menjadi sebahagian daripada modul ADAS, sementara kamera belakang pula berkeupayaan merakam 1080p.
Khusus untuk varian 4x4, Isuzu D-Max kini dilengkapi dengan komponen kekunci pembeza belakang (diff-lock) kawalan elektronik untuk tahap cengkaman tambahan yang diperlukan semasa pemanduan di laluan off-road.

Isuzu D-Max varian Single Cab mendapat kemaskini kemasukan tanpa kunci dan soket kuasa 12V, manakala varian 3.0 liter Premium Automatic kini menerima tetapan suspensi yang mampu menampung muatan beban sehingga 775 kg.
Peningkatan had muatan sebanyak 195 kg ini adalah untuk disesuaikan dengan penggunaan kebanyakan pemilik di Malaysia Timur.
Dari segi kuasa, Isuzu D-Max 2023 masih lagi mengekalkan penawaran enjin diesel turbo 1.9 liter (RZ4E-TC) dengan kuasa maksimum 150 PS @ 3,600 rpm dan daya kilas 350 Nm @ 1,800-2,600 rpm, serta enjin diesel turbo 3.0 liter (4JJ3-TCX) berkuasa 190 PS @ 3,600 rpm dan daya kilas 450 Nm @ 1600-2,600 rpm.

Berikut merupakan senarai harga jualan bagi Isuzu D-Max 2023:
Isuzu D-Max 3.0L 4x4 X-Terrain - RM150,938
Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT Premium - RM135,638
Isuzu D-Max 1.9L 4x4 AT Premium - RM129,149
Isuzu D-Max 1.9L 4x4 AT Standard - RM111,499
Isuzu D-Max 1.9L 4x4 MT Standard - RM104,099
Isuzu D-Max 1.9L 4x2 Auto Plus - RM105,499
Isuzu D-Max 3.0L 4x4 MT Single Cab - RM101,888
Isuzu D-Max 1.9L 4x4 MT Single Cab - RM94,949