Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 2022 diperlihatkan secara rasmi di UK

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Commercial Vehicle Show 2021, Arctic Trucks membawakan sentuhan mereka terhadap Isuzu D-Max generasi baharu dengan penawaran kit AT35 yang pernah didatangkan pada trak D-Max yang terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara pertama yang dibuat oleh Arctic Trucks adalah mengukuhkan casis yang sudah tersedia tahan lasak itu, sebelum memasang suspensi Bilstein, rim aloi yang dibaluti tayar off-road 35 inci, serta fender flare yang jauh lebih lebar.
 

Arctc


Disebabkan trak pikap ini bertambah tinggi, Arctic Trucks turut memasang tempat pemijak sisi bagi memudahkan urusan keluar masuk.

Disebabkan trim V-Cross sudah tersedia lengkap penawarannya, Arctic Trucks hanya mendatangkan kemasan tersendiri pada tempat penghadang kepala, alas lantai serta sill cover.
 

AT35


Trenkuasa sedia ada juga tidak diubah, memandangkan ia sudah cukup untuk menggerakkan trak pikap yang sudah tersedia gagah perkasa ini.
 

Tipper


Selain daripada sentuhan Arctic Trucks, Isuzu juga turut memperlihatkan model D-Max Utility Tipper yang diubah suai oleh TGS menggunakan asas daripada D-Max Extended Cab.

Di bahagian belakang, pihak TGS menambah dek tipper yang diperbuat daripada aluminium, dan boleh dikawal dari jarak jauh tanpa memerlukan individu berdiri di sisi kenderaan ketika sedang dioperasikan.
 

Tipper


Isuzu juga turut memasang sistem suspensi udara yang mampu meningkatkan kadar keselesaan ketika bergerak, namun mengekalkan kadar had muatan sekitar 1 tan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…