Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 1.9L rasmi dilancarkan - RM100,999

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia hari ini secara rasmi menawarkan varian baharu trak pikap dengan sistem pacuan 4x2 iaitu Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 1.9L yang disasarkan untuk para pengguna yang mahukan sebuah model yang sesuai untuk kegunaan urban.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan sistem pacuan yang kini lebih ringkas tanpa kehadiran komponen transfer case, differential depan dan sistem pacuan sampingan, varian D-Max Auto Plus 4x2 1.9L ini hanyalah seberat 1,830 kg, atau 85 kg lebih ringan berbanding model pacuan 4x4 biasa.

Dari segi kuasa, ia masih lagi mengekalkan enjin diesel turbo 1.9 liter RZ4E-TC yang mampu menghasilkan 150 PS dan daya kilas 350 Nm yang masuk penuh antara julat putaran enjin `1,800 rpm-2,600 rpm.

Kuasa dihantar ke roda belakang sahaja menerusi transmisi automatik enam nisbah kelajuan.
 

D-Max


Aspek pengendalian disumbangkan oleh penggunaan platform Isuzu Dynamic Drive, dibantu dengan penggunaan suspensi jenis double wishbone di depan dan suspensi 3-leaf semi-elliptical spring di belakang.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Bantuan Menurun Cerun (HDC), dan sistem Brake Override (BOS). Tidak ketinggalan cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

Antara ciri standard yang dimuatkan merangkumi lampu utama projektor Bi-LED, lampu DRL LED, lampu kabus, gril kelabu kesat, rim aloi 17 inci dengan tayar radial 255/65 R17 HT, tempat pemijak sisi, alas ruang barangan di belakang, serta hiasan pelekat 4x2 Auto Plus.
 

Dmax


Ruang kabin pula mendapat tempat duduk balutan fabrik yang tahan lasak, skrin multimedia bersaiz tujuh inci yang turut memaparkan paparan kamera undur dengan grafik yang memudahkan pengendalian.

Untuk kemudahan, terdapat sokongan soket 12 V di hadapan, slot USB untuk penumpang depan dan belakang, serta terdapat slot khas di bahagian corong pendingin hawa tengah.

Harga jualan Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 1.9L bermula dari RM100,999.20 atas jalan tidak termasuk insurans, di mana tempahan awal boleh dibuat dan penghantaran akan dimulakan pada awal bulan November 2021.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti umum tahu, sekiranya model facelift, tiada banyak perubahan yang dilakukan untuk model…
Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…