Isuzu D-Max ini dipandu lebih 560 ribu km, ibarat 14 kali keliling bumi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Isuzu D-Max Aston Melton Mowbray
Isuzu D-Max Aston Melton Mowbray
Satu daripada bukti bagi menunjukkan ketahanan sesebuah model ialah jarak perbatuan yang tinggi sehingga mencecah ratusan ribu atau melebihi sejuta kilometer (km).

Dengan jarak sebegitu tinggi ada pemilik yang dihadiahkan sebuah kereta baharu oleh pengeluar sebagai penghargaan.

Satu contoh terbaru kereta dengan perbatuan tinggi ialah Isuzu D-Max Eiger 2.5 Turbo-Diesel dengan jarak pemanduan 565,465 km! 

Pikap itu ditemui oleh Isuzu United Kingdom (UK) selepas syarikat mengumumkan di media sosial tentang pencarian D-Max dengan jarak perbatuan paling tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Isuzu D-Max Aston Melton Mowbray

 

Sebagai perspektif, jarak itu ibarat 14 kali mengelilingi bumi (40,070 km) atau pergi ke bulan dan patah kembali dengan separuh perjalanan (384,400 km).

Isuzu D-Max itu dibeli dari Bob Gerard Isuzu di Leicester pada 2014 dan digunakan secara aktif oleh syarikat jualan dan servis kenderaan Aston Melton Mowbray.

Di UK, D-Max dilancarkan pada Jun 2012 dan menggantikan Rodeo. Dari segi purata, D-Max itu dipandu sejauh 70,408 km setahun.

 

Isuzu D-Max Aston Melton Mowbray

 

Aston Melton Mowbray menggunakan D-Max untuk khidmat tunda dan sokongan logistik termasuk menghantar dan mengambil kenderaan di serata UK.

Dengan jarak perbatuan begitu tinggi, adakah pikap itu tidak pernah menghadapi masalah?

Setakat ini ketahanan telah terbukti dan hanya menjalani pembaikan pada pembeza belakang (rear differential) pada 2021.

D-Max itu juga tidak mengalami isu atau pembaikan besar dan masih kekal dengan enjin, kotak gear dan pelbagai komponen utama asal.

 

Isuzu D-Max Aston Melton Mowbray

 

Pikap itu hanya menjalani penyelenggaran berkala dan beberapa penukaran lazim seperti tayar, brek dan cekam.

Menariknya, pikap itu bukan satu-satunya D-Max yang dimiliki dan Aston Melton Mowbray mempunyai sebuah lagi D-Max dengan jarak perbatuan lebih 321,868 km.

Sama juga, unit tersebut boleh diharap dan bebas masalah!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…