Isuzu D-Max X-Terrain bakal tunjuk taring di Borneo Safari

oleh Mohamad Hanif|
Penganjuran acara off-road bertaraf antarabangsa Borneo Safari kembali pada tahun ini setelah dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun ini, pihak Isuzu Malaysia bakal menampilkan tiga unit trak pikap Isuzu D-Max X-Terrain yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media untuk acara tersebut.

Ketiga-tiga trak tersebut diserahkan oleh Pengurus Pemasaran Isuzu Malaysia, Alan Lee kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA), Haji Faez Nordin.
 

Dmax


Acara Borneo Safari pada tahun ini bakal menempuh permukaan dan laluan yang paling sukar di  bahagian kaki Gunung Kinabalu berdekatan Kota Belud, dan menawarkan cabaran yang sukar kepada peserta dan jentera yang terlibat.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, "Isuzu D-Max X-Terrain dipilih sebagai pembawa bendera kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan elektronik pintar. Digandingkan bersama kejuruteraan tinggi komponen mekanikalnya, kami percaya D-Max X-Terrain mampu menjadi satu kenderaan off-road moden yang cekap di dalam acara berkenaan.
 

dmazx


Isuzu D-Max X-Terrain kini akan mengikut tradisi panjang untuk berkhidmat sebagai kenderaan rasmi media sepanjang Borneo Safari, yang mana model generasi pertama dan keduanya juga pernah menggalas tanggungjawab itu sebelumnya.

Acara Borneo Safari akan bermula pada 30 Oktober dan berakhir pada 6 November 2022, di mana kemaskini berkaitan boleh didapati menerusi laman Facebook rasmi Isuzu D-Max serta platform media sosial lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Berita Domestik
Niat di hati, ingin sahaja penulis sertai dari awal, namun disebabkan terdapat beberapa perkara…
Berita Domestik
Sejak lebih sedekad lalu, Isuzu D-Max 2.5 liter dan 3.0 liter telah terbukti menjadi antara…