Isuzu Malaysia serah 277 unit trak baharu kepada City-Link Express

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Isuzu Malaysia) hari ini mengumumkan penyerahan bersejarah 277 unit trak pelbagai model termasuk trak tugas ringan, trak tugas sederhana dan Prime Mover kepada pelanggan utamanya, City-Link Express (M) Sdn Bhd (City-Link Express).

Penyerahan tersebut dibantu dan disempurnakan menerusi pengedar Isuzu Malaysia, iaitu Jumbo Arena Sdn Bhd (Jumbo Arena).

Sebahagian daripada trak-trak tugas ringan tersebut dilengkapi platform Isuzu Safety Plus yang mempunyai empat ciri keselamatan penting iaitu Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Anti-slip Regulator (ASR) dan Supplemental Restraint System (SRS) Airbag.

Melalui penyerahan trak-trak tersebut, City-Link Express telah menjadi pelanggan pertama di Malaysia yang memiliki Isuzu Safety Plus dalam trak-traknya sebaik selepas pelancaran platform keselamatan tersebut oleh Isuzu Malaysia pada 1 September baru-baru ini.

Satu majlis penyerahan rasmi yang lengkap dengan acara memotong reben dan penyerahan kunci telah diadakan di Dataran City-Link Express di Jenjarom, Selangor. Ia dihadiri oleh para pegawai kanan pengurusan dan kumpulan sokongan Isuzu Malaysia, Jumbo Arena dan City-Link Express.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan sesi pelepasan beberapa buah trak baharu City-Link Express sebagai simbolik kepada pertumbuhan perniagaan yang semakin memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata, “Kami sangat gembira untuk menyerahkan trak-trak baharu kepada City-Link Express yang merupakan salah satu pelanggan setia kami di Malaysia. Penyerahan ini menjadi bukti komitmen Isuzu dalam menyokong City-Link Express untuk mencapai objektif perniagaannya, biarpun di sebalik persekitaran perniagaan yang mencabar kini.

“Trak-trak kami dibina dengan Teknologi S.E.E Isuzu sebagai asasnya. Ia mewakili aspek Keselamatan (Safety), Penjimatan (Economy) dan Alam Sekitar (Environment) untuk ditawarkan kepada semua pelanggan kami seperti City-Link Express produk yang boleh dipercayai, efisien dan versatil yang diperlukan untuk membantu meningkatkan prestasi serta kemampanan perniagaan mereka.”

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 9,211 unit trak pikap D-Max telah berjaya dijual, menjadikan ia…