MHD yang baru diumumkan itu terletak di Kota Kinabalu dan mempunyai 20 ruang penyelenggaraan seluas kira-kira 3.5 ekar. Tujuh daripadanya untuk kenderaan komersial ringan D-Max dan 10 ruang untuk trak tugas ringan. Manakala tiga lagi khas untuk trak tugas sederhana dan berat serta prime mover.
Bengkelnya dilengkapi peralatan diagnostik terkini Isuzu serta alat ganti bagi mengesan atau membaiki apa jua isu dan ia dikendalikan oleh sepasukan juruteknik berpengalaman.
Dalam masa yang sama, pelanggan dijemput untuk menikmati semua kemudahan yang disediakan seperti ruang rehat mesra keluarga, surau, serta snek dan minuman percuma semasa proses servis dijalankan.
Dengan MHD baharu ini, Isuzu Malaysia kini mempunyai 12 pengedar MHD dengan 10 daripadanya berada di lokasi yang mudah diakses di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk satu di Sarawak.
Pengedar MHD itu diumumkan sewaktu acara Isuzu Malaysia GIGA Tour 2022.
Acara itu bertujuan memperkenalkan trak tugas berat dan prime mover yang baru dilancarkan ke seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur di mana pelanggan dapat melihat trak-trak tersebut secara lebih dekat.
Penulis: IZRA