Isuzu UK pamer D-Max Basecamp!

oleh HEZERI SAMSURI|
Isuzu UK mengusung keluar model istimewa D-Max mereka di Pameran Kenderaan Komersil 2022 baru-baru ini.

Model yang berdasarkan trak pikap Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 ini adalah sebuah kenderaan "light camper" yang mudah untuk dipandu di hutan belantara yang sukar diredah oleh campervan atau motorhome.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Trak istimewa ini bukan sahaja mempunyai roda dan tayar yang lebih besar dan lebar, ia juga menggunakan sistem gantungan Bilstein yang lebih tinggi (50 mm lift) dan kit badan lebar untuk "melindungi" tayar-tayar 35-inci itu.

Antara aksesori menarik yang dipasang ialah dapur ARB yang pernah Careta paparkan dalam video di TikTok Careta dan juga khemah iKamper Skycamp 3.0 yang dipasang pada rak ARB di dalam kabin belakang hitam aluminium Gearmate.

 

 

Khemah bumbung itu cukup untuk empat orang penghuni dengan selesa. Selain dari itu, bahagian dalam kabin itu turut dipasang dengan sistem laci ARB Outback Solutions dan peti sejuk ARB.

D-Max AT35 dibina oleh Arctic Trucks dari Iceland, sebuah syarikat yang khusus dalam pembinaan jentera offroad khusus untuk laluan ke khutub utara atau selatan. 

Untuk unit Basecamp ini, Isuzu UK menambah lampu limpah LED, tangki LPG, "recovery board" dan tong-tong air/bahan api.

D-Max Arctic Trucks AT35 boleh dibeli di UK pada harga bermula dari £47,999 (RM263,200). Oleh kerana ia adalah kenderaan UK (panduan sebelah kanan), anda sebenarnya boleh membelinya dari pengimport AP tempatan untuk digunakan di jalanraya Malaysia.

Ada berani? 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi yang membuatkan mata penulis makin besar ialah kelengkapan tersebut dari jenama ARB…
Berita Global
Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu…
Berita Global
  Sebagai perspektif, jarak itu ibarat 14 kali mengelilingi bumi (40,070 km) atau pergi ke bulan…