Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah kenderaan pada satu-satu masa.
Ruang khas pelanggan (Customer Lounge) menawarkan persekitaran yang mewah mengikut spesifikasi terkini Ferrari Corporate Identity (CI), diikuti ruang Heritage Library yang menawarkan pelbagai pilihan bahan bacaan khusus untuk para peminat jenama tersebut.
Selain itu, ruang Ferrari Atelier turut disediakan untuk memudahkan para pemilik meneliti pelbagai jenis pilihan warna, kelengkapan, dan bahan yang boleh digandingkan dengan perkhidmatan pemperibadian Ferrari Tailor Made untuk menjadikan jentera Ferrari yang lebih unik dan tersendiri.
Akhir sekali, terdapat ruang paparan interaktif dan paparan video jenama yang dapat menyampaikan informasi berkenaan sejarah dan warisan perlumbaan yang sinonim dengan jenama Ferrari.
Menurut Zahir Kelvin Ong Abdullah selaku Pengarah Eksekutif Ital Auto Malaysia, "Malaysia merupakan rumah kepada komuniti pemilik dan peminat setia jenama Ferrari yang sedang berkembang.
"Penubuhan bilik pameran Ferrari Ital Auto Malaysia di Four Seasons Place KL adalah penting bagi kami untuk memastikan jenama Prancing Horse yang ikonik ini tepat di tengah-tengah pusat bandar, sambil memastikan fasiliti dan perkhidmatan kami sentiasa berada dalam standard tinggi kecemerlangan yang menjadi sinonim dengan jenama ini.
Para pemilik Ferrari kini boleh mendapatkan khidmat servis di pusat servis Ital Auto Malaysia yang terletak di Glenmarie, Shah ALam.
Pusat serba canggih itu kini dilengkapi dengan bekalan alat ganti tulen, serta kelengkapan diagnostik Ferrari yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah dengan pengalaman melebihi 10 tahun.
Dalam pada itu, siang tadi Ital Auto Malaysia telah melancarkan dua buah model baharu, iaitu Ferrari Roma Spider (harga RM3,200,000) dan Ferrari Purosangue (harga RM5,000,000)