Italjet Dragster baharu memang, WOWEEEEE!

oleh HEZERI SAMSURI|
Suatu ketika dahulu jenama Itali, Italjet cukup popular dengan skuter Dragster yang ranggi dan sporty.

Walaupun tidak begitu laju dalam bentuk standard, tetapi bentuk radikal Dragster cukup untuk menjadikan ia diminati ramai. Jika anda hadir di hadapan 7-Eleven Jalan Ampang dengan sebuah Dragster, nama anda akan meniti di bibir-bibir semua mat-mat motor di situ, terutama dari geng Suzuki Itik Serati VS125.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
dragster

 

Italjet sekali lagi muncul dalam pameran EICMA di Milan tempohari dengan model Dragster baharu yang memang membuatkan kami di Careta ternganga.

Ia bukan sahaja nampak modern dan agresif, Italjet turut menampilkan sistem gantungan ISS (Independent Steering System) untuk roda hadapan yang mampu mengasingkan tugas membelok dan menyerap hentakan  agar kedua-duanya boleh berfungsi dengan lebih baik.

Menurut Italjet, ia menjadikan bahagian hadapan lebih lancar dan tidak terasa sebarang gegeran dari bentuk jalan yang tidak rata.

 

 

Dengan kerangka trelis seperti Dragster dahulu dan juga seperti model-model Ducati, skuter ini datang dengan enjin 125cc, 150cc dan 200cc.

Brek hadapan lengkap dengan ABS dan angkup dari Brembo dan tayar pula ialah dari Pirelli (120/70-12 untuk hadapan dan 140/60-13 untuk belakang).

Seberat 112 kg, ia akan dijual di Eropah dengan harga €4,800.

Skuter Italjet pernah dijual di Malaysia di bawah nama CMC italjet. Dipasang di China, ia diimport masuk oleh Mofaz dan dijual oleh Chear Global.

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Boleh didapati dalam dua sesaran enjin yang berbeza, harga jualan Italjet Dragster 125 bermula dari…