Jaecoo 7 gegar pasaran UK, jadi kereta paling laris Mac 2026

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pasaran automotif United Kingdom dikejutkan dengan kebangkitan luar biasa apabila Jaecoo 7 (J7 di Malaysia) muncul sebagai kereta paling laris bagi bulan Mac 2026, mengatasi model popular seperti Ford Puma, Nissan Qashqai dan Kia Sportage.

Sebanyak 10,064 unit Jaecoo 7 didaftarkan sepanjang bulan tersebut, mengatasi Puma (9,193 unit), Qashqai (8,718 unit) dan Sportage (7,310 unit).

Pencapaian itu lebih mengagumkan kerana Mac biasanya merupakan bulan paling kukuh untuk jualan kereta di UK, didorong oleh perubahan nombor pendaftaran baharu yang sering menjadi tarikan pembeli. 

Momentum tersebut turut melonjakkan Jaecoo 7 ke tempat kedua keseluruhan bagi tahun 2026 dengan 15,569 unit, hanya sedikit di belakang Ford Puma yang mencatatkan 16,128 unit.

Apa yang menjadikan kejayaan itu lebih signifikan adalah hakikat bahawa Jaecoo merupakan jenama baharu di UK, dimiliki oleh gergasi automotif China, Chery. 

Jenama itu hanya mula menjual kenderaan di pasaran tersebut pada Januari 2025, namun kini sudah berjaya mengatasi beberapa pengeluar lama seperti Citroën, Mazda dan Mini.

 

Sumber: Autocar

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jaecoo tidak hanya menjual di negara membangun dan turut memasuki negara maju seperti United…
Berita Global
Chery mempersembahkan 12 model kenderaan tenaga baharu (NEV) daripada tujuh sub-jenama: Chery,…
Berita Domestik
Dengan keluasan binaan 88,000 kaki persegi, fasiliti ini lebih dua kali ganda berbanding gudang…