JAECOO J5 Dilancarkan di Malaysia, SUV Kompak Premium Baharu Untuk ‘Urban Explorer’

oleh Qalif Latif|
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi melancarkan JAECOO J5, sebuah SUV kompak segmen B silang yang direka untuk memenuhi gaya hidup pengguna bandar moden. Model ini digelar sebagai “Urban Explorer”, menawarkan gabungan kemewahan, teknologi serta kepraktisan untuk kegunaan harian dan pengembaraan hujung minggu.

Menurut Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, JAECOO J5 dibangunkan untuk menawarkan ciri mewah peneraju kelas, teknologi bantuan pemandu lanjutan serta pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan moden.

Prestasi cekap untuk kegunaan harian

JAECOO J5 dipacu enjin empat silinder 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa 147 PS dan tork maksimum 210 Nm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan, memberikan pemanduan yang lancar serta responsif.
Jaecoo J5

 

SUV ini juga mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6.4 liter bagi setiap 100 km berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), sekali gus melayakkannya menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Reka bentuk kompak dengan binaan kukuh

Dari segi dimensi, JAECOO J5 mempunyai panjang 4,380 mm, lebar 1,860 mm dan tinggi 1,650 mm dengan jarak roda 2,620 mm.


Jaecoo J5

Jaecoo J5
 

Struktur badan menggunakan keluli tegangan tinggi pada bahagian kritikal untuk meningkatkan tahap keselamatan dan penyerapan impak sekiranya berlaku kemalangan. Model ini juga mempunyai ketegaran kilasan sehingga 23,500 Nm/deg yang membantu meJaecoo J5ningkatkan kestabilan pemanduan.

 

Untuk sistem suspensi, JAECOO J5 menggunakan suspensi hadapan MacPherson bersama suspensi belakang multi-link yang direka bagi memberikan pengendalian stabil dan keselesaan pemanduan.
Jaecoo J5

 

Ruang dalaman moden dan praktikal

Di bahagian kabin, JAECOO J5 menawarkan konfigurasi lima tempat duduk dengan kemasan kulit serta kerusi hadapan berudara untuk keselesaan tambahan dalam cuaca panas.
Jaecoo J5

 

Ruang but berkapasiti 480 liter boleh diperluas sehingga 1,284 liter apabila kerusi belakang dilipat dalam konfigurasi 60:40, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.
Jaecoo J5

Jaecoo J5

 

Menariknya, kabin J5 turut dilengkapi upholsteri mesra haiwan peliharaan dengan pensijilan TÜV yang mempunyai ciri antibakteria dan tahan calar.

Selain itu, bumbung panorama seluas 1.45 meter persegi turut disediakan bagi memberikan suasana kabin yang lebih terbuka dan terang.

Teknologi infotainmen dan keterhubungan

JAECOO J5 dilengkapi skrin infotainmen 13.2 inci beresolusi 2K yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Jaecoo J5

 

Sistem ini dipadankan dengan paparan instrumen digital 8 inci serta sistem audio lapan pembesar suara bagi memberikan pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh.

Jaecoo J5

Konsol tengah turut menempatkan pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem pengudaraan aktif untuk memastikan peranti kekal sejuk ketika proses pengecasan.

Ciri keselamatan dan ADAS komprehensif

Dari aspek keselamatan, JAECOO J5 hadir dengan pakej ADAS Tahap 2+ yang merangkumi 19 ciri bantuan pemandu.

Antara sistem yang disediakan termasuk Adaptive Cruise Control, Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Detection, Lane Keep Assist, Traffic Jam Assist serta Rear Cross Traffic Alert.

Kesemua sistem ini turut disokong kamera pandang keliling 540 darjah bagi membantu pemandu ketika meletakkan kenderaan atau bergerak pada kelajuan rendah.

Jaecoo J5

 

Harga, waranti dan pakej pelancaran

Di Malaysia, JAECOO J5 2WD ditawarkan pada harga bermula RM108,000 (atas jalan tanpa insurans).

Jaecoo J5

Sempena pelancaran, pelanggan awal dari 5 hingga 15 Mac 2026 akan menerima pakej pelancaran khas yang merangkumi rebat Duit Raya, insurans percuma tahun pertama atau tambahan rebat, serta pakej aksesori khas.
Jaecoo J5

 

Aksesori tersebut terdiri daripada subwoofer, mikrofon karaoke tanpa wayar serta lampu suluh pelbagai fungsi.

Semua unit JAECOO J5 turut disertakan dengan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 km, yang mana lebih dahulu.