Untuk pasaran tempatan, Jaecoo J7 ditawarkan dengan dua pilihan versi iaitu pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD)

Pada April 2024 lalu, Jaecoo J7 turut telah membuktikan kemampuannya untuk dipandu di atas permukaan off-road di M4TREC Semenyih sekaligus membuktikan ia sebuah SUV off-road serba mewah dan premium.
Jaecoo J7 diposisikan dalam pasaran sebagai SUV segmen-C dan bakal beri saingan kepada model terkemuka seperti Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5.
Dari segi spesifikasi, kedua-dua versi Jaecoo J7 menampilkan trenkuasa enjin petrol empat silinder 1.6 liter yang memberi kuasa output maksimum pada 194hp dan 290Nm kuasa tork.
Ia dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang memberi pecutan dari 0-100km/j hanya kurang 10 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 180km/j.

Dari reka bentuk, J7 menampilkan reka bentuk hadapan yang gagah dengan jeriji grill bersaiz besar dipadankan dengan lampu hadapan jenis LED yang lebih moden dan tirus.

Kedua-dua versi J7 menampilkan 19 inci roda alloy dengan reka bentuk yang mewah dan rugged.
Untuk menonjolkan lagi rupa yang lebih menarik dan menawan, Jaecoo J7 menampilkan lampu belakang jenis bar garisan lurus yang mengikut tren reka bentuk terkini bagi kebanyakkan SUV yang berada di pasaran.

Ia dipadankan dengan reka bentuk muscular dari sisi belakang yang menampakkan lagi kemegahan SUV Premium ini.

Pada bahagian dalaman, masih dengan ciri premium dalam prinsip reka bentuk, upholsteri setiap kerusi hadapan dan belakang dibaluti dengan artificial leather.

Tambahan itu, untuk menyerikan lagi keseluruhan kabin dalaman, J7 tampil dengan pencahayaan ambien 64 warna serta bumbung panoramik dan sistem audio dari Sony yang pasti beri pengalaman lebih menarik.

Namun begitu, terdapat perbezaan pada bahagian dalaman untuk kedua-dua versi, dimana AWD menampilkan skrin infotainmen 14.8 inci manakala 2WD menampilkan saiz 13.2 inci.
Kedua-dua skrin infotainmen itu masih menerima sokongan AppleCarplay dan Android Auto, dan ia didatangkan dengan skrin klustermeter LCD bersaiz 10.25 inci.

Untuk beri pengembaraan lebih menarik, Jaecoo J7 mempunyai kapasiti ruang but 424 liter dan mampu mencapai 1,349 liter apabila tempat duduk belakang dilipat rata.

Selain itu, J7 tampil dengan Sistem Pintar Pacuan Semua Roda (ARDIS), yang dibangunkan oleh jenama JAECOO untuk mengharungi permukaan yang kompleks dengan lancar.
Oleh itu, versi AWD disediakan dengan tujuh mod pacuan iaitu Eco, Sukan, Biasa, Pasir, Lumpur, Salji, atau Lasak.
Manakala pilihan versi 2WD disediakan dengan tiga mod pacuan standard iaitu Eco, Sukan, dan Normal.

Setiap mod dibina untuk meningkatkan prestasi kenderaan dan pengalaman memandu di atas pelbagai permukaan, memastikan kawalan dan kecekapan optimum.
Jaecoo J7 tampil dengan ciri sistem teknologi bantuan pemanduan termaju (ADAS), antaranya seperti;
- 540-Degree Panoramic Camera (AVM)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Automatic Emergency Braking (AEB)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Curve Speed Assistance (CSA)
- Departure Ahead Inform (DAI)
- Door Opening Warning (DOW)
- Emergency Lane Keeping (ELK)
- Front Collision Warning (FCW)
- Integrated Cruise Assist (ICA)
- Intelligent Evasion System (IES)
- Intelligent Headlamp Control (IHC)
- Lane Changing Assistance (LCA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Traffic Jam Assist (TJA)
Ia turut didatangkan dengan ciri seperti ;
- Driver Monitoring Systems (DMS)
- Electronic Parking Brake (EPB) with Auto Hold Function Hill Assist (HA)
- Hill Descent Control (HDC)
- Multi Collision Braking (MCB)
- Speed Limit Reminder
- Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
Jaecoo J7 diberi empat pilihan warna iaitu Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green.

Jaecoo J7 dijual dengan tanda harga bermula dari RM138,800 untuk versi 2WD, manakala untuk versi AWD dijual pada harga dari RM148,800.
Setiap unit SUV J7 tersedia dengan waranti tujuh tahun atau sehingga jarak perjalanan sejauh 150,000km.

Sempena pelancaran, satu pakej pembeli awal telah dilancarkan istimewa untuk semua tempahan sedia ada dan tempahan yang dibuat sehingga 21 Julai 2024 yang merangkumi waranti enjin selama 10 tahun atau sehingga jarak perjalanan sejauh 1,000,000km.

Tambahan itu, demi ketenangan fikiran pelanggan, JAECOO Malaysia juga mengumumkan sejumlah enam syarikat insurans panel di bawah Program Perlindungan Perdana JAECOO (J-PPP).