
Skor Cemerlang untuk Varian PHEV
Jaecoo J7 PHEV mencatatkan keputusan memberangsangkan:
-
81% untuk Perlindungan Penumpang Dewasa
-
85% untuk Perlindungan Kanak-kanak
-
80% untuk Perlindungan Pengguna Jalan Raya Rentan
-
84% untuk Teknologi Bantuan Keselamatan
Reka bentuk kabin kekal stabil dalam ujian pelanggaran hadapan, dengan perlindungan yang baik untuk kepala dan kaki penumpang. Bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam ujian pelanggaran tiang sisi apabila beg udara sisi gagal berfungsi dengan sempurna mengakibatkan penalti terhadap markah keseluruhan.
Sistem brek kecemasan automatik (AEB) turut diuji dan dinilai sebagai berkesan dalam mengesan pejalan kaki, basikal dan kenderaan lain. Cuma sistem amaran keluar pintu untuk penunggang basikal tidak mencapai ambang masa reaksi yang diperlukan untuk mendapat markah penuh.
Varian Petrol Tidak Dinilai
Berbeza dengan model PHEV, varian petrol Jaecoo J7 tidak menerima sebarang penarafan ANCAP. Ia berkemungkinan berpunca daripada perbezaan pada struktur badan, sistem keselamatan atau teknologi bantuan pemanduan yang tidak setara dengan varian hibrid. Ini boleh memberi kesan kepada persepsi pengguna terhadap keselamatan model ini secara keseluruhan.
Prestasi dan Spesifikasi Jaecoo J7 PHEV
Jaecoo J7 PHEV dikuasakan oleh:
-
Enjin turbo 1.5L + motor elektrik
-
Kuasa gabungan 255kW dan tork 525Nm
-
Bateri 18.3kWh dengan jarak pemanduan elektrik sejauh 90km (WLTP)
-
Penggunaan bahan api hanya 1.0L/100km
Turut hadir ialah ciri keselamatan aktif seperti:
-
Kawalan pelayaran adaptif
-
Pemantauan titik buta
-
Sistem pemantauan pemandu
Penarafan lima bintang ANCAP sememangnya meletakkan Jaecoo J7 PHEV sebagai pencabar baharu yang serius dalam segmen SUV hibrid plug-in.