Jaguar F-Type ZP Edition 2024 - model terakhir Jaguar dengan enjin pembakaran dalaman

oleh Mohamad Hanif|
Dengan kemunculan model terbaharu Jaguar F-Type ZP Edition 2024, ia secara tidak langsung menandakan berakhirnya produksi kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) daripada jenama automotif mewah itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Jaguar menggunakan kepakaran divisyen SV Bespoke untuk menghasilkan kira-kira 150 unit F-Type ZP Edition, di mana setiap satu dibekalkan dengan nadi V8 supercharger 5.0 liter yang mampu menghasilkan 575 hp dan 700 Nm.
 

zp


Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Oulton Blue Gloss dengan kemasan dalaman merah dan hitam, atau warna Grystal Grey Gloss dengan kombinasi warna hitam dan biru untuk ruang kabin.

Kemasan bulat berwarna putih cerah di bahagian pintu itu merupakan satu penghormatan kepada jentera lumba E-Type era 1960-an.
 

zp


Secara standard, semua model F-Type ZP Edition ini didatangkan dengan rim bersaiz 20 inci, serta plak peringatan khas yang memaparkan nombor produksi spesifik bermula dari 1 hingga 150.

Sebagai makluman, bermula tahun 2025 Jaguar komited untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar EV sepenuh masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Pemilihan model bertransmisi manual memang sudah dijangkakan akan menurun saban tahun dan sebagai…
Berita Global
Jaguar F-TYPE   Selain itu, Jaguar turut mengisytiharkan 24 June sebagai Hari Pemanduan Dunia (…