Jaguar Vision GT banyak mengambil inspirasi daripada ikon sukan permotoran Le Mans Jaguar tahun 1950-an - C-Type dan D-Type - seperti penggunaan windscreen yang hampir mengelilingi kabin, arca roda yang berlengkung serta rekaan badan coupe yang seksi.
Aspek aerodinamik pula dikawal oleh spoiler belakang jenis pop-out yang muncul dari ruang di mana anda melihat lampu belakang kereta ini.
Seperti kebanyakan kereta lumba, ruang kabin pula tampak ringkas dan terdedah, namun tetap mendatangkan beberapa elemen penting seperti meter tiga dimensi, stereng berbentuk segi empat, serta paparan peta hologram di bahagian tengah.
Trenkuasa yang dimuatkan pada kereta lumba maya ini juga cukup mengkagumkan, di mana ia didatangkan dengan konfigurasi tiga motor elektrik yang mampu menjana 1,006 kuasa kuda dan 1,200 Nm daya kilas.
Kuasa yang gila itu disalurkan kepada semua roda dan mampu mencapai pecutan sepantas 2 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan maksimum melebihi 322 km/j!