Jaguar I-Pace pintas jualan Tesla di Netherlands!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya berita baharu ini membuatkan Tesla tidak harus duduk mendiamkan diri seperti mana kebiasaan yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang selama ini mendominasi bidang tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan rekod penjualan kenderaan EV di Netherlands, buat kali pertamanya Jaguar I-Pace berjaya memintas jumlah jualan keseluruhan model yang ditawarkan oleh Tesla pada bulan Disember 2018, dengan penguasaan pasaran 13.2%. 

Jumlah tersebut merangkumi 2,621 pendaftaran baharu bagi SUV Jaguar I-PACE bagi bulan Disember sahaja, manakala jumlah pendaftaran keseluruhan bagi tahun 2018 adalah sebanyak 3,495 unit. 
 


Ini bermakna, untuk tahun 2018 Jaguar hampir mencapai sasaran penjualan 3,500 unit seperti mana yang diramalkan oleh pengedar, menjadikan jumlah jualan kereta Jaguar di Netherlands pada tahun 2018 meningkat sebanyak 234%!

Sebagai perbandingan, berikut merupakan jumlah jualan yang direkodkan oleh Tesla pada bulan yang sama:

  • Model S - 1,558 unit (daripada 5,633 unit 2018)
  • Model X - 652 unit (daripada 2,966 unit 2018)

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…