Jaja makanan di lampu isyarat cetus kebimbangan pengguna jalan raya

oleh SALINA JALIL|
jurugambar Nik Abdullah Nik Omar
Budaya menjaja makanan di simpang empat lampu isyarat di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan bukan sahaja mengundang bahaya kepada penjaja, sebaliknya turut meresahkan pengguna jalan raya.


Tinjauan di lokasi mendapati, lebih enam simpang empat lampu isyarat di bandar ini menjadi tumpuan penjaja untuk menjual pelbagai makanan dan minuman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kehadiran penjaja itu dilihat semakin bertambah berbanding beberapa bulan lalu hanya dua lokasi yang menjadi tumpuan mereka.

 

Antara lokasi yang menjadi tumpuan penjaja adalah simpang empat Telipot, Wakaf Che Yeh, Tendong, Pasir Hor dan Jalan Hamzah.

Malah, ada pengguna jalan raya mendakwa kehadiran penjaja berkenaan agak bahaya kerana ia mampu mengundang kemalangan jalan raya.

 

Pengguna jalan raya, Ismail Saad, 53, mengakui pendekatan diambil penjaja berkenaan demi menampung kehidupan seharian.

 

"Namun, pada masa sama ia agak membahayakan nyawa dan saya sendiri sebelum ini hampir terlanggar mereka yang secara tiba-tiba melintas di depan kenderaan.

 

"Ketika itu saya memandu agak laju kerana mahu mengejar lampu isyarat. Saya tidak nafikan usaha mereka mencari rezeki, namun kena mengambil berat faktor keselamatan.

 

"Saya perasan, sebelum ini aktiviti menjaja makanan ini hanya di satu lampu isyarat, namun kini ia semakin meluas dan pelbagai makanan serta minuman dijual," katanya.

 

Hamid Othman, 55, turut mengakui perkara sama dan berharap pihak majikan masing-masing menitikberatkan aspek keselamatan pekerja.

 

"Bagi saya berniaga di lampu isyarat agak berbahaya dan pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil langkah sewajarnya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya ada menerima beberapa aduan daripada orang ramai berhubung budaya menjual di simpang lampu isyarat.

 

"Saya mengingatkan penjaja supaya mengurangkan budaya menjaja di simpang lampu isyarat bagi mengelak berlakunya kemalangan jalan raya.

 

"Pada masa sama, pihak polis akan menjalankan operasi di lokasi yang dikenal pasti bagi mengelak aktiviti menjaja di simpang itu semakin berleluasa," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, Ops Khas selama 19 hari berkenaan dijalankan untuk mengurangkan risiko kemalangan…
Berita Domestik
  "Kerajaan negeri masih mengekalkan kelonggaran berniaga di lampu isyarat, namun kita tidak akan…
Berita Domestik
  Menurutnya, semua penjaja berusia dalam lingkungan 20-an disaman ketika mereka sedang menjual di…