Jajaran ECRL rentas Jelebu dikekalkan?

oleh SALINA JALIL|
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berpendirian jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diubah ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan perlu dikekalkan.


Beliau yang juga Pengerusi UDA Holdings Bhd menyifatkan mengembalikan semula jajaran ECRL mengikut pelan asal dibimbangi akan memberi kesan pembangunan kepada daerah itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Justeru, beliau berharap sebarang perubahan atau penjajaran semula laluan ECRL selepas ini perlu diputuskan di peringkat Kabinet untuk dimuktamadkan.

 

"Kita menyambut baik apabila jajaran ECRL yang baharu itu melalui Jelebu kerana ia akan menjadikan daerah ini semakin maju dan tidak ketinggalan berbanding daerah lain. Tidak ada sebab mengapa ia perlu diubah kembali.

 

"Kita tetap mahukan projek ECRL itu melalui Jelebu memandangkan kebanyakan penduduk di daerah ini juga tidak sabar menanti projek berkenaan," katanya ditemui pada program Jom Isi Minyak Motor Percuma peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang semalam.

 

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita perniagaan yang menyebut Putrajaya sedang membincangkan kemungkinan mengembalikan jajaran projek ECRL kepada cadangan pertama di bawah kerajaan BN.

 

Cadangan pertama projek itu di bawah BN akan melalui Kelantan, Terengganu, dan Pahang sebelum menuju ke Selangor melalui Gombak dan ke Serendah serta Pelabuhan Klang.

 

Bagaimanapun, PH mencadangkan jajaran ECRL itu tidak melalui Bentong dan Gombak sebaliknya melalui Negeri Sembilan di Klawang, Jelebu dan Nilai sebelum ke Pelabuhan Klang.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…