Jakarta bakal mempunyai 309.5 km lorong basikal menjelang akhir tahun

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Menurut kenyataan dari ketua Agensi Pengangkutan Jakarta, Syafrin Liputo, lorong basikal tersebut akan menjangkau sehingga 309.5 kilometer menjelang akhir tahun di ibu negara, Jakarta.


Kerajaan wilayah akan memperluaskan sehingga 195 kilometer lorong basikal baharu sebelum hujung tahun ini, dengan kos 119 bilion rupiah, katanya, menurut laporan Antara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Secara keseluruhan terdapat 114.5 kilometer (sekarang) dan tahun ini sahaja kami akan menambah 195 kilometer lagi,” kata Syafrin dan agensi pengangkutan sedang membangunkan lorong basikal baharu di 20 lokasi.


Agensi tersebut turut menyatakan bahawa lorong baharu itu akan membantu meningkatkan bilangan penunggang basikal di seluruh ibu kota.


Berdasarkan data yang telah dibuat pada tahun 2005 terdapat hanya purata 47 penunggang basikal setiap hari tetapi jumlah tersebut telah meningkat kepada purata 3,000 penunggang basikal pada masa ini.


Statistik terkini pada Ogos 2022 lalu mendedahkan terdapat 4,000 penunggang basikal setiap hari.


Beberapa institusi kerajaan di bandaraya tersebut turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penunggang basikal, salah satunya dari Agensi Pengangkutan sendiri yang mengarahkan pekerja mereka berulang alik dengan basikal setiap Jumaat.


Selain itu, beberapa agensi lain telah menyediakan beberapa perkhidmatan sewa basikal merentasi stesen bas utama dan perhentian bas yang dihubungkan dengan lorong basikal.

 

 

 

NST