Jaket tersangkut pada rantai motosikal, kanak-kanak 11 tahun cedera

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bomba
Kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit selepas tangan kirinya tersepit di rantai motosikal dalam kejadian berhadapan Balai Raya Sungai Terap, diTanjong Karang pada pagi Jumaat.

Mangsa berusia 11 tahun membonceng motosikal yang ditunggang ibunya apabila jaket yang dipakai tersangkut di rantai kenderaan itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.21 pagi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati tangan kanak-kanak itu tersepit.

"Kerja menyelamatkan mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Hafisham berkata, mangsa terkoyak kulit dan isi di siku.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang dengan menaiki ambulans.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lubang yang sebelum ini…
Berita Domestik
Hari ini, jam 11.15 pagi, satu laporan polis diterima berkaitan video tular 28 saat yang dipercayai…
Berita Domestik
Beliau berkata kanak-kanak itu dan ibu bapanya dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan…