Jalan Bau-Batu Kitang dapat lampu jalan tenaga solar

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna laluan Jalan Bau-Batu Kitang di Kuching akan dapat memandu dengan lebih selamat di waktu malam dengan pemasangan lampu jalan yang menggunakan tenaga solar.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan II, Datuk Henry Harry Jinep berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan cadangan untuk memasang lampu solar itu kelmarin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Henry kemudian menerangkan bahawa pemasangan 285 unit lampu jalan solar itu adalah sebahagian dari projek peningkatan taraf jalan tersebut.

"Pemasangan lampu itu penting kerana keadaan beberapa lokasi sepanjang laluan itu tidak begitu selamat untuk digunakan di sebelah malam. 

Keadaan yang gelap dan permukaan jalanraya yang tidak rata adalah antara risiko yang dihadapi pengguna laluan itu di sebelah malam," ujar Henry.

Lampu jalan solar itu akan dipasang di kawasan gelap dan juga di laluan memotong yang telah dikenalpasti.

* Laporan lengkap di Borneo Post

** Gambar utama hanya hiasan

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Pelancaran
Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal…
Berita Domestik
  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, Pusat Alat Ganti Serantau…