Jalan Kampung Daling, Jerantut ke Kampung Pasir Raja, Dungun akhirnya akan diteruskan

oleh SALINA JALIL|
Projek jalan luar bandar dari Kampung Mat Daling, Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu yang telah dirancang selama lebih kurang satu dekad akhirnya akan menjadi kenyataan.


Apabila siap nanti,jalan sejauh 52km tersebut akan mengurangkan masa perjalanan serta pengguna jalan raya tidak lagi perlu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi penerangan kepada anggota Exco kerajaan negeri mengenai kemajuan terkini projek tersebut dalam mesyuarat mingguan yang telah dipengerusikannya semalam.

 


"Kami diberitahu bahawa projek itu berada di tahap pemerolehan termasuk rundingan mengenai kos sebelum diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Kerja-kerja jalan tersebut adalah di antara projek lanjutan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 - 2020).

 


Jalan antara Kampung Mat Daling, terletak satu jam dari Taman Negara, dan Hulu Dungun pada awalnya dicadangkan semasa Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) dengan anggaran kos sekitar RM600 juta.

 


"Jalan luar bandar sejauh 52.55 km itu akan  menghubungkan Kampung Mat Daling, Jerantut dan Jalan Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun di Terengganu.

 


Menurutnya, jalan luar bandar yang dimaksudkan ialah Jalan Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu ke Kampung Mat Daling, Jerantut yang mana 40 kilometer daripadanya ialah sempadan Pahang-Terengganu hingga ke Kampung Mat Daling.

 


“Jalan ini ialah dua fasa terakhir di bawah perancangan KPLB bagi melengkapkan jalan luar bandar antara kampung dari daerah Jerantut ke daerah Dungun di Terengganu, ia merupakan laluan dua lorong dengan lebar 6.5 meter serta berturap.

 


“Pembinaan jalan itu turut melibatkan pembinaan 12 buah jambatan termasuk 10 buah jambatan yang terletak di antara sempadan Pahang-Terengganu dan Kampung Mat Daling,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Buat masa ini, mereka yang berasal dari Jerantut akan menempuh jarak sekitar 430 km melalui Lebuhraya Pantai Timur dan Kuantan untuk sampai ke Hulu Dungun tetapi dengan jalan baharu ini, ia dapat  mengurangkan dua jam masa perjalanan.

 


“Adalah diharapkan projek ini berjalan lancar dan sebaik-baik mendapat keputusan Kementerian Kewangan supaya JKR dapat menggerakkan usaha untuk memula dan menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan demi manfaat rakyat,” katanya lagi.

 

 

NST