Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, Muhamad Affandi Abdul Hafiz, berkata kejadian mendapan itu dikesan berlaku pada jam 7.30 pagi semalam.
Menurut Muhamad Affandi, jarak kawasan yang terbabit adalah 33.3 kilometer (km) dengan 30 meter kedalaman paras air.
"Laluan berkenaan kini ditutup bagi semua kenderaan sebagai langkah keselamatan pengguna.
"Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Ulu Yoh-Air Mawang untuk menuju kedua-dua destinasi. Begitu juga bagi kenderaan dari arah Melaka atau Johor dinasihatkan menggunakan jalan yang sama iaitu Jalan Ulu Yoh untuk ke Kuala Pilah.
"Lawatan ke lokasi sudah dilakukan bagi melihat struktur berkaitan dan seterusnya ia akan dibawa kepada peringkat pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.
"Kami juga sudah memasang papan tanda amaran di lokasi kejadian untuk memastikan tiada kalangan pengguna menggunakan laluan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.