Jalan Negeri B66 Laluan Batang Kali - Genting Highland dibuka semula esok

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pembukaan semula Jalan Negeri B66 Laluan Batang Kali - Genting Highland, Daerah Hulu Selangor pada 6 Januari jam 5.00 petang semenjak ditutup ekoran kejadian tanah runtuh pada 16 Disember.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laluan sementara dengan satu lorong akan dibuka dengan kawalan pihak berkuasa, terhad kepad syarat-syarat berikut:

  • Pekerja di Kawasan Genting Highland yang mempunyai surat pengesahan majikan.
  • Hanya boleh dilalui dengan kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan mpv) serta kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter)
  • Pengguna tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh

Pengguna yang menggunakan jalan tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda disediakan ekoran kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan.

Pengguna jalan raya juga disarankan untuk menggunakan 2 laluan alternatif seperti berikut:

laluan alternatif

 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641058 dan 03-60641073.

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Berita Domestik
Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja…
Berita Domestik
  Projek terbahagi kepada lima fasa ini mengikut perancangan dan garis masa ditetapkan Jabatan…