Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga ke jambatan angkat ditutup 3 hari

oleh SALINA JALIL|
Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga ke jambatan angkat atau drawbridge di Kuala Terengganu ditutup di kedua-dua hala selama tiga hari bermula Ahad ini.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan aktiviti mereka di kawasan muara utara drawbridge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, langkah berkenaan dalam masa sama bagi mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan itu. 

 

“Laluan itu ditutup dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Ahad dan Isnin bagi acara raptai manakala Selasa pula, penutupannya dari pukul 7. 30 pagi hingga 12 tengah hari.

 

“Semua pengguna jalan raya dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar dan sebaliknya, dinasihatkan agar menggunakan laluan di Jambatan Sulfan Mahmud sepanjang tempoh penutupan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Abdul Rahim berkata, orang ramai turut disarankan merancang perjalanan supaya tidak mengalami sebarang kesulitan  di samping mematuhi segala arahan ditetapkan anggota polis bertugas.

 

Mercu tanda ikonik Terengganu, jambatan angkat atau drawbridge dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2020. Ia sekali gus membuka lembaran baharu kepada trend kedatangan pelancong ke negeri ini.

 

Jambatan ala ‘London Bridge’ itu bukan sahaja berjaya menarik pengunjung tempatan dan luar negara berikutan bahagian tengahnya (bascule) boleh diangkat untuk laluan kapal malah turut menjadi tumpuan penggemar fotografi merakamkan panorama indah bandar raya Kuala Terengganu.

 

 

– UTUSAN

 

 

 

 

 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan daripada WPTV, insiden tersebut sebenarnya berlaku pada Oktober tahun lalu di…
Berita Domestik
Pejalan kaki dan pengguna jalan raya tidak dibenarkan keluar bersiar-siar di sepanjang laluan…