Jalan raya bandar Sibu-Kapit 100 km siap, kini ada perkhidmatan bas ekspres

oleh SALINA JALIL|
gambar Bernama
Dengan siapnya rangkaian jalan raya sepanjang lebih 100 kilometer (km) menghubungkan Bandar Sibu dengan Bandar Kapit beberapa bulan lepas, ia membolehkan syarikat bas ekspres meluaskan perkhidmatan mereka ke kawasan pedalaman di bahagian tengah Sarawak.


Syarikat bas ekspres terawal melebarkan perkhidmatan ke kawasan berkenaan ialah Lanang Road Bus Company Berhad dan Rejang Transport Sdn Bhd yang mula beroperasi ke destinasi itu Sabtu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengurus syarikat berkenaan Chua Huat berkata perkhidmatan perjalanan ulang alik yang ditawarkan ialah antara Bandar Sibu – Pekan Song – Bandar Kapit, dengan jadual perjalanan harian pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan 3 petang, pada kadar tambang RM22 seorang untuk perjalanan sehala.

 

“Kadar tambang kami juga lebih murah berbanding tambang dikenakan pengusaha van sewa iaitu RM35 seorang perjalanan sehala bagi laluan sama. Enam bas dilengkapi penghawa dingin disediakan dengan kapasiti 38 tempat duduk bagi sebuah bas. 

 

“Kami juga menawarkan perkhidmatan bagi laluan dari dan ke bandar raya Kuching dan bandar raya Miri untuk ke Pekan Song dan Bandar Kapit, dengan penumpang akan menaiki bas bagi menyambung perjalanan di Terminal Bas Sibu,” katanya kepada Bernama.

 

Sebelum ini penduduk yang ditinggal di sepanjang hulu Sungai Rajang bergantung pada perkhidmatan bot ekspres untuk pergi ke bandar Sibu dan ke bandar-bandar utama atau destinasi luar Sarawak.

 

Sebuah lagi syarikat turut menyediakan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan antara Bandar Sibu dan Bandar Kapit ialah Kapit Bus Express.

 

Menurut salah seorang pengasas Kapit Bus Express, Lim Chong Yee, syarikat itu mempunyai lapan bas ekspres dengan kapasiti 31 tempat duduk dan 23 tempat duduk (VIP) yang dilengkapi pendingin hawa, menawarkan perjalanan terus antara Bandar Sibu dan Kapit setiap hari.

 

Beliau berkata, jadual perjalanan laluan Bandar Sibu-Bandar Kapit dan Bandar Kapit- Bandar Sibu ialah mulai dari jam 6.30 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 12.30 tengah hari, 2 petang dan 4 petang dengan kadar tambang RM22 sehala.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…