Jam MUDMAN GW-9500 edisi terhad rai kejayaan Team Land Cruiser yang ke-11 berturut-turut

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan perlumbaan Dakar Rally 2024, iaitu Team Land Cruiser Toyota Auto Body sekali lagi bekerjasama dengan Casio Computer dengan melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK MUDMAN GW-9500TLC-1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan berdasarkan siri MUDMAN GW-9500 itu akan mula dijual di pasaran Jepun bermula Februari ini dengan harga jualan  bermula dari 62,700 yen (RM2,008).
 

gw


Casis GW-9500TLC-1 ini membawakan skema warna hitam/merah yang diinspirasikan daripada jentera Land Cruiser 300 GR Sport.

Tali jam resin pula berwarna perang yang dihiasi dengan corak percikan hitam seakan runut tanah yang ditinggalkan oleh para pelumba.
 

gw


Selain daripada cetakan perkataan "TEAM LAND CRUISER TOYOTA AUTO BODY", terdapat juga logo TLC pada penutup casis belakang, serta grafik TLC yang akan terpapar saat lampu latar belakang LED dinyalakan.

Mengikut spesifikasi asal MUDMAN GW-9500, ia membawakan struktur Carbon Core Guard, skrin paparan LCD negatif dwi-lapisan, serta Triple Sensor yang merangkumi kompas digital, barometer/altimeter serta termometer.
 

gw


Dalam perlumbaan Dakar Rally 2024 yang berlangsung dari 5 hingga 19 Januari yang lepas, pasukan TLC Toyota Auto Body telah berjaya menamatkan perlumbaan di dalam kategori Kereta Produksi di tempat pertama dan kedua.

Pencapaian ini turut menandakan kejayaan yang ke-11 berturut-turut sejak pasukan tersebut menyertai acara sukan ekstrem tersebut pada tahun 1995.