Jam tangan Aston Martin F1 Edition diperbuat daripada gentian karbon kereta F1 sebenar

oleh Mohamad Hanif|
Girard-Perregaux dengan kerjasama Aston Martin telah pun melancarkan jam tangan edisi khas yang digelar sebagai (tarik nafas) Girard-Perregaux Laureato Absolute Chronograph Aston Martin F1 Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan ini dihasilkan terhad kepada 306 unit sahaja dan ia merujuk kepada jumlah jarak (dalam unit km) perlumbaan GP British 2022 di Silverstone.

Ia juga sebenarnya membawakan dua ciri pertama untuk jam Girard-Perregaux - iaitu penggunaan bahan komposit baharu untuk casis dan juga untuk tali jam.
 

G-P


Menurut G-P, casis bersaiz 44 mm itu diperbuat daripada gandingan serbuk titanium dan serpihan gentian karbon daripada jentera sebenar F1 untuk musim 2021, sebelum dicampurkan dengan bahan resin untuk mencipta rona berwarna hijau.

Hasil campuran bahan tersebut adalah hampir menyamai komponen gentian karbon yang ditempa, manakala rona warna hijau itu turut menyamai warna hijau dan liveri yang dipadankan pada jentera F1 Aston Martin.
 

G-P


Selain itu, tali jam tangan edisi terhad ini juga turut menggunakan gabungan bahan getah sintetik, serta serpihan gentian karbon yang disebutkan tadi, dan hasilnya dinamakan sebagai GP Rubber Alloy.

Rekaan muka dial jam ini mengambil inspirasi daripada jentera lumba F1, dimana ia dicat warna Racing Green sebanyak lapan lapisan sebelum diakhiri dengan corak tetas silang, sementara jarum jam saat dan pada chronograph pula dilayangkan warna Lime Green.
 

Aston Martin


Laureato Aston Martin F1 Edition ini menggunakan pergerakan jam GP03300-1058 yang menampilkan 63 unit permata, di mana pergerakannya boleh dilihat dengan jelas menerusi penutup kaca sapphire di bahagian belakang jam tangan.

Harga jualan untuk seutas jam tangan Aston Martin F1 Edition ini bermula dari $27,800 (RM122,167).

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…