Jam tangan G-Shock MTG-B1000RB sempena ulang tahun ke-20 siri MT-G

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-20 siri MT-G (Metal Twisted G-Shock), Casio membawakan kepada anda produk baharu di bawah siri tersebut, iaitu G-Shock MTG-B1000RB dengan kemasan warna pelangi. 

Siri MT-G mula menjengah pasaran dengan model jam tangan analog pertama GC-2000 pada tahun 1999, dan sejak daripada itu siri ini berkembang menjadi siri yang lebih dikenali sebagai jam tangan analog mewah. 

Permukaan jam tangan edisi khas MTG-B1000RB ini sebenarnya dilayangkan dengan kemasan jenis rainbow ion plating di mana ia akan biasan cahaya ke dalam pelbagai warna yang cantik menyerupai warna pelangi bulan. 
 


Pelangi bulan (lunar rainbow) di dalam keadaan realiti amat sukar untuk dikesan dengan mata kasar kerana ia dipancarkan daripada tenaga cahaya bulan yang sangat lemah berbanding cahaya matahari. 

MTG-B1000RB ini dibina berdasarkan jam tangan MTG-B1000 yang merupakan model pertama yang menerima ciri sambungan kepada Bluetooth jenis tenaga rendah.

Ciri ini membolehkan jam tangan ini diserasikan waktunya dengan waktu dunia - dengan pemasaan automatik kepada lebih 300 buah lokasi bandar. 
 


Dikuasakan menggunakan Tough Solar, casis MTG-B1000RB ini diperbuat daripada gentian karbon, diperkukuh dengan kaca sapphire serta ciri Triple G Resist yang membuatkan jam tangan ini tahan kepada tenaga hentakan, jatuhan graviti serta gegaran. 

Ia akan mula memasuki pasaran pada Jun 2019 dengan harga jualan bermula dari $1,000 (RM4,080). 

 

Sumber: G-Shock melalui G-Central

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…