Jam tangan kuning neon Hublot ini berharga bawah RM1 juta sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Anda berani untuk mencuba sesuatu yang baharu?

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik buat para peminat jam, kerana Hublot telah melancarkan jam tangan terbaharu jenis tourbillon automatik berwarna neon kuning terang dengan nama penuh: Big Bang Tourbillon Automatic Yellow Neon SAXEM.
 

HB


Akronim SAXEM membawa maksud "Sapphire Aluminium oXide and rare Earth Mineral" - sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam industri satelit.

Hublot pernah menawarkan penggunaan bahan yang sama pada model Spirit of Big Bang Tourbillon berwarna ungu dan jingga, sebelum menawarkan warna kuning neon yang sangat unik ini.
 

hublot


Ia mempunyai ciri kalis calar dan dalam masa yang sama menawarkan ciri telus pandang sepenuhnya yang membolehkan pemilik menikmati pergerakan automatik HUB6035 disebalik casis bersaiz 44 mm dan kaca sapphire anti-silau.

Jam tangan ini juga turut mempunyai ciri kalis air sedalam 30 meter, dan simpanan tenaga selama 72 jam.
 

hublot


Memastikan jam tangan ini terduduk kemas pada pergelangan tangan, Hublot telah menggunakan tali jam yang diperbuat daripada bahan getah berwarna kuning.

Disebabkan kerumitan proses penghasilan bahan SAXEM itu tadi, hanya 50 unit sahaja jam tangan Big Bang Tourbillon kuning ini yang akan dibuat, setiap satu dijual pada harga bermula dari $210,000 (RM961,275).