Jam tangan RM603 ribu dari Aston Martin - 18 unit sahaja dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin dan pengeluar jam tangan dari Switzerland, Girard-Perregaux (jangan risau, penulis pun pertama kali mendengarnya!) telah memperlihatkan produk kolaborasi pertama mereka berbentuk jam tangan yang unik iaitu Tourbillon with Three Flying Bridges - Aston Martin Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan 'lutsinar' ini diperbuat daripada bahan titanium Gred 5 menampilkan casis Diamond-Like Carbon bersaiz 44 mm.

 


Di dalam rangka tersebut ia menempatkan tiga unit 'jambatan' yang dikatakan diinspirasikan daripada rekaan jam poket abad ke-19 diperbuat oleh Girard-Perregaux.

Disebabkan bahagian belakang jam tangan ini menampilkan penutup lutsinar, ia membolehkan kita melihat segala inci mekanisme pergerakan 79 komponen yang terdapat di dalam kerangka tourbillon bersaiz 10 mm.

 


Menariknya, kesemua komponen yang kompleks ini hanyalah seberat 0.25 gram sahaja.

Selain daripada itu, ciri lain yang dimuatkan termasuklah mikro-rotor berwarna emas putih, kotak kristal sapphire serta penjenamaan Aston Martin berwarna white luminescent yang boleh dilihat pada komponen mikro-rotor itu tadi.

 


Hanya 18 unit sahaja jam tangan ini akan dihasilkan, dan setiap satunya memerlukan anda mengosongkan $146,000 (RM602,688) daripada baki akaun bank.

Sebagai makluman, harga jualan untuk sebuah Aston Martin Vantage tahun 2021 di Amerika Syarikat juga bermula dari $146,000.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…