Jam tangan teman aktiviti sukan lasak anda - Edox Automatic Carbon Chronograph

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Edox dengan bangganya memperkenalkan barisan jam tangan EDOX AUTOMATIC CARBON CHRONOGRAPH dengan kerjasama Pal Virik Nilson dan Brett Luhrmann daripada pasukan powerboat offshore Australia. 

Mengambil inspirasi daripada powerboat XCAT yang berkuasa twin-V6 berkeupayaan mencapai kelajuan 200 km/j, jam tangan EDOX AUTOMATIC CARBON CHRONOGRAPH  dikuasakan oleh pergerakan Edox Calibre 011 dengan tenaga simpanan 48 jam.
 


Di bahagian belakang casis pula menampilkan kaca sapphire yang menunjukkan pergerakan jam dengan logo Edox terukir di bahagian rotor. 

Bagi melindungi pergerakan jam, casis jam tangan 45 mm ini diperbuat daripada bahan yang diketahui kekuatan dan dalam masa yang sama lebih ringan - gentian karbon yang boleh dipilih warnanya seperti kelabu, merah dan biru. 
 


Setiap pembinaan struktur karbon 2 dimensi yang membentuk muka jam ini dicantum kemas dan dilayangkan resin berwarna yang menaikkan seri warna yang ditawarkan untuk setiap jam tangan Edox. 

Sesuai dengan imej sporty bot laju, jam tangan EDOX AUTOMATIC CARBON CHRONOGRAPH mempunyai keupayaan kalis air sehingga 500 meter, terima kasih kepada penggunaan injap lepas helium automatik yang mampu menahan apa jua keadaan ekstrem sukan air. 
 


Harga jualan di Malaysia pula bermula dari RM14,450 dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.crystaltime.com.my atau laman sosial di bawah: 

Facebook : https://www.facebook.com/EdoxMalaysiaBrunei
Instagram : https://www.instagram.com/edox_my

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…