Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara Ahad ini

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber: myPenang
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada 11 Disember 2022 (Ahad) mulai jam 12 pagi sehingga jam 10 pagi.

Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai jam 10:00 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian tersebut. 
 

PLUS


Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan. 

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000. 

Berita Berkenaan

Informasi
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee berkata jarak kayuhan…
Berita Domestik
Projek menara transmisi monopole sepanjang 8.5km menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Stesen…
Berita Domestik
  "Laporan mengenai kabel elektrik di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang terbakar semula yang…