Jambatan runtuh, angka korban kini cecah 132 orang

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: Reuters
Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ratusan pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di Sungai Machchhu di bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Jambatan sepanjang 232m itu, sebuah lokasi pelancongan popular, dibuka semula minggu lepas selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, lapor media tempatan.

Mangsa termasuk kanak-kanak yang sedang bersiar-siar bersama keluarga.

“Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh,” kata seorang saksi.

Setakat ini, lebih 90 orang disahkan maut manakala anggota penyelamat sedang mengesan puluhan mangsa lagi yang masih hilang. 

Sementara itu menurut laporan terkini daripada Reuters, angka korban meningkat kepada 132 orang. 

Sumber: Bernama, The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Jabatan Polis Baltimore dalam satu kenyataan "Saya boleh mengesahkan pada 1:35 pagi, polis…
Informasi
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria…